Sunday, August 14, 2016

Prolog

Kereta Alza berwarna kelabu itu bergerak menaiki bukit itu dengan kelajuan yang sederhana. Jalan yang berbukit bukau dan dikelilingi oleh persekitaran hutan itu mengambil masa hampir 30 minit sebelum sampainya destinasi kereta itu.

Jam yang terpapar di dashboard kereta itu menunjukkan 10.45pm. Dah hampir nak masuk jam 12.00pm tak lama lagi.

Dia tak sangka pula perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Kelangsar akan mengambil masa 3 jam. Setahu dia, sepatutnya mereka dah samai ke Hotel Everglades 90 minit tadi. Salah jalan ke? Tapi ikutkan peta dan aplikasi Waze, jalannya betul.

Isterinya sudahpun terlena awal tadi, berbaring di tempat duduk penumpang. Bunyi bising yang tadinya merancakkan suasana di dalam kereta itu telahpun lenyap apabila kedua anak kembarnya juga masing-masing sudah terlelap.

Selama ini dia memang dah lama nak pergi bercuti ke Hotel Everglades yang terkenal di atas kecantikan dan keunikannya, tapi tak pernah berpeluang dek kesibukan bekerja. Apabila adanya peluang keemasan ini dan secara kebetulannya cuti sekolah, maka dia mengambil keputusan terus untuk bercuti di tempat yang diminatinya itu.

Pedal minyak ditekan sebaik mungkin manakala gear rendah digunakan apabila menaiki bukit itu. Jalan yang berbengkok itu sedkit mengganggu rentak perjalanan. Celoteh deejay radio Fly Fm sedikit sebanyak menghiburkan hatinya yang sunyi kini.


POMM.


Rentak tayar keretanya secara tiba-tiba menjadi terumbang ambing. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan di samping memasang lampu kecemasan.

Isterinya masih lagi terlena, tak terusik pun. Lampu jalan yang sedia ada tidaklah begitu terang, dikelilingi pula oleh pokok-pokok di samping bunyi serangga malam berkumandang.

Dia mengeluh panjang. Melihat ke arah isterinya. Dia lak tengah syok tidur, langsung tak sedar. Duh...sedikit marah perasaannya.

Pintu kereta dibuka lantas dia melangkah keluar secara perlahan-lahan. Udara di sekelilingnya sejuk, sangat sejuk. Nasib dia telah mengenakan baju sejuknya awal-awal lagi apabila dia melepasi tol dalam perjalanan naik ke bukit tadi.

Dilihatnya keadaan tayar kereta di bahagian depan. Tayar depan di sebelah kanan pancit disebabkan ada kebocoran dan harus ditukarkan.

Memang nasibnya benar-benar malang, terpaksa menukar tayar pulak... di waktu yang semestinya tidak dijangkakan.

Pintu bonet belakang dibuka lalu diambilnya peralatan yang perlu dan juga spare tayar. Di kala itu jua dia terdengar sesuatu. Sesuatu yang semestinya sesiapa pun yang berada di dalam keadaannya ingin mendengar.

Bunyi siulan... nyanyian atau...

Naluri ingin tahu adakalanya menguasai dia lalu dia melangkah jauh sedikit dari keretanya. Bunyi tersebut secara tiba-tiba terus senyap saja, hilang begitu sahaja. Dia terkejut, bulu romanya meremang dan terasakan suasana di sekelilingnya semakin sejuk.

Dia berpusing. Tergamam seketika, cemas dan keliru.

Mana kereta Alza-nya pergi? Isteri dan anak-anaknya. Terus ghaib begitu sahaja.
Dia menjerit, memanggil nama isterinya di samping meminta pertolongan...
Hampa, tiada sesiapa pun di sana untuk menolongnya.
Dia keseorangan...

Apabila dia berpusing ke belakang semula, kawasan sekelilingnya semua gelap. Gelap gelita sungguh.

Takda bayangan jalan, pokok, mahupun permandangan langit dan sinaran bulan.

Gelap, kosong...

Yang ada hanyalah dia seorang sahaja...